REDONE MOBILE KUKUHKAN EKOSISTEM KOMUNITI DENGAN LEBIH RM1.3 JUTA GANJARAN DI BERI KEPADA RAKAN NIAGA

12/03/2026 09:16 AM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- redONE Mobile memperkukuhkan peranannya sebagai The Community Telco di acara Star Nite 2026, malam penghargaan rakan niaga tahunan terbesar syarikat di mana lebih RM1.3 juta ganjaran telah diberikan bagi mengiktiraf prestasi dan pertumbuhan keusahawanan dalam komuniti rakan niaga yang kukuh. Acara yang diadakan di Genting International Convention Centre ini disertai oleh lebih 1,400 rakan niaga jualan berprestasi tinggi dari seluruh negara. Majlis ini diserikan oleh YB Steven Sim, Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, yang menekankan impak rangkaian redONE Mobile dan komitmennya yang berterusan untuk memperkasakan usahawan.

Hampir RM400,000 dalam bentuk insentif tunai telah diberikan merentasi 10 kategori kepada 44 rakan niaga berprestasi tinggi di bawah Anugerah Rakan Niaga Terbaik Seluruh Negara 2025. Ganjaran Bonanza 2025 dan Premier Bonanza bernilai hampir RM800,000 turut diberikan termasuk kredit e-dompet, jongkong emas dan kenderaan, dengan tumpuan utama iaitu BYD Sealion 7. Hadiah cabutan bertuah dan ganjaran lain bernilai hampir RM150,000 juga diberikan kepada sepanjang acara. Insentif ini mencerminkan komitmen redONE Mobile terhadap rangkaian yang memacu prestasi demi mengiktiraf usaha keusahawanan dan menyokong rakan niaga dalam membina perniagaan yang lestari serta peluang pendapatan jangka panjang.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan