KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhirKejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong malam ini.
Pemain No. 17 dunia Rachel Arnold yang membuka aksi untuk Malaysia menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan memaksa Amanda Sobhy bertarung hingga ke set penentuan namun Rachel akhirnya tewas 9-11, 11-7, 9-11, 11-5, 8-11 selepas 45 minit perlawanan.
Ketinggalan berkenaan menyaksikan pemain No. 10 dunia S. Sivasangari diberi tanggungjawab berat untuk mengikat kedudukan namun beliau tumpas kepada Olivia Fiechter dengan 11-7, 11-9, 5-11, 2-11, 2-11 dalam masa 47 minit.
Kekalahan Sivasangari bermakna Aira Azman yang dijadualkan beraksi sebagai perseorangan ketiga tidak diturunkan pada separuh akhir.
Pencapaian terbaik pasukan skuasy wanita negara adalah pada edisi 2014 di Kanada di mana Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada England di final.
– BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial