KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Hasrat beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk melangkah ke final Terbuka Hylo 2025 di Saarbrucken, Jerman, tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, hari ini.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan tiada wakil negara akan beraksi di pentas final selepas Wei Chong-Kai Wun menjadi wakil tunggal negara yang berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir di kejohanan bertaraf Super 500 itu.
Pada aksi tersebut pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan tewas straight set 21-16, 21-15 dalam tempoh 34 minit.
Kekalahan itu merupakan yang ketiga buat Wei Chong-Kai Wun dalam empat pertemuan sebelum ini, dengan beregu negara itu hanya menang sekali pada Terbuka Indonesia tahun lepas
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial