SUKAN > BERITA

MASTERS JEPUN: PANG RON-SU YIN MARA KE PUSINGAN KEDUA

12/11/2025 12:31 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin memulakan kempen dengan langkah positif selepas mara ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.

Pada perlawanan berlangsung  di Kumamoto Prefectural Gymnasium hari ini, wakil negara di ranking ke-20 dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menafikan kemaraan Wu Hsuan-Yi-Yang Chu Yun dari taiwan 21-18, 18-21, 21-19.

Gandingan negara dijadualkan berdepan beregu Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

Turut mara ke pusingan kedua, pemain perseorangan wanita K Letshanaa yang mengetepikan Keisha Fatimah Azzahra dari Azerbaijab 25-23, 21-8 untuk menempah pertemuan dengan Chiu Pin-Chan dari Taiwan.

Nasib berbeza buat dua beregu campuran iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang terkandas di pusingan pertama.

Soon Huat-Shevon Lai tunduk kepada pasangan tuan rumah Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 17-21, 13-21 manakala Tien Ci-Chiew Sien tewas kepada Liu Kuang heng-Jheng Yu Chieh dari Taiwan 15-21, 16-21.

Turut pulang awal, perseorangan lelaki negara Justin Hoh yang dikalahkan Shogo Ogawa dari Jepun 14-21, 9-21.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan