SUKAN > BERITA

SUKAN SEA 2025: INTAN SERAH DIPANGGIL PERKUAT SKUAD MALAYAN TIGRESS

12/11/2025 05:43 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Penyerang bola sepak wanita berpengalaman negara Intan Serah Anisah Zulgafli antara pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malayan Tigress sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan skuad dikendalikan Joel Cornelli turut menyenaraikan pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) iaitu pertahanan kelab bola sepak Miami Dade Sharks Kanchenjeet Kaur Nanua. 

“Daripada 23 pemain ini, Cornelli mengekalkan 19 daripada 24 pemain yang dibawa ke dua perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada 22 dan 25 Okt lepas.

“Skuad Malayan Tigress akan mengharungi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 Tri Nations 2025 menentang Bangladesh pada 26 Nov dan Aizerbaijan pada 29 Nov,” menurut kenyataan itu.

Seterusnya, skuad Malayan Tigress akan meneruskan kem latihan pusat di Kuala Lumpur sebelum dijadualkan terbang ke Chonburi, Thailand pada 3 Dis bagi menghadapi cabaran Kumpulan B yang disertai tiga pasukan iaitu bertemu Vietnam (5 Dis), Myanmar (8 Dis) dan Filipina (11 Dis) di Stadium TNSU, Chonburi. 

Juara kumpulan dan naib juara Kumpulan A dan B akan melangkah ke separuh akhir pada 14 Dis, manakala aksi final dan tempat ketiga akan berlangsung pada 17 Dis.

Berikut senarai nama 23 pemain yang dipanggil oleh Cornelli ke kem latihan pusat skuad Malayan Tigress bermula 17 Nov ini:

 

 

Nama

Kelab

1.

Nur Amirah Abdul Rahman

Selangor FC

2.

Eusvewana Kadius

Selangor FC

3.

Nurhadfina Mohd Firdaus

Selangor FC

4.

Nur Ainsyah Murad

Selangor FC

5.

Nur Fazira Muhamad Sani

Selangor FC

6.

Nur Ezza Ashikin Abdul Razak

Selangor FC 

7.

Nur Najwa Irdina Zaidi

Selangor FC

8.

Nurul Azurin Mazlan

Sabah FA

9.

Juliana Barek

Sabah FA

10.

Siti Nurfaizah Saidin

Sabah FA

11.

Jaciah Jumilis

Sabah FA

12.

Haindee Mosroh

Sabah FA

13.

Henrietta Justine

Sabah FA

14.

Nur Dhiyaa Addin Mohd Azhari

MBSJ FC

15.

Nur Adrienna Zamzaihiri

MBSJ FC

16.

Dian Aqilah Mohammed Imran

MBSJ FC

17.

Steffi Sarge Kaur

MBSJ FC

18.

Nur Syafiqah Zainal Abidin

MBSJ FC

19.

Intan Sarah Anisah Zulgafli

MBSJ FC

20.

Nur Lyana Soberi

Kelana United FC

21.

Waitie Taming

Kelana United FC

22.

Nur Laila Syamila A Rahim

Kuala Lumpur FA

23.

Kanchenjeet Kaur Nanua

Miami Dades Sharks (USA)

 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan