SUKAN > BERITA

SUKAN SEA: INTAN SARAH, STEFFIE ANTARA 23 PEMAIN BAWA CABARAN MALAYSIA DI THAILAND

02/12/2025 06:45 PM

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Penyerang berpengalaman Intan Sarah Anisah Zulgafli antara 23 pemain yang membawa cabaran Malayan Tigress dalam acara bola sepak wanita Sukan SEA 2025 di Thailand, bulan ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan skuad kendalian Joel Cornelli turut mempertaruhkan seorang lagi pemain berpengalaman Steffi Sarge Kaur dan penjaga gol Nurul Azurin Mazlan yang pernah beraksi bersama Misaka United FC di India.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Myanmar dan Filipina.

Skuad kebangsaan akan membuka kempen Sukan SEA kali ini menentang Vietnam, Jumaat ini, diikuti Myanmar (8 Dis) dan Filipina (11 Dis), dengan kesemua perlawanan berlangsung di Chonburi.

Juara kumpulan serta naib juara akan mara ke separuh akhir.

 

Berikut merupakan senarai akhir 23 pemain skuad bola sepak wanita kebangsaan bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2025 di Thailand dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini:

 

No.     

Nama

Umur    

Posisi     

1.

Nurul Azurin Mazlan

25

Penjaga Gol

2.

Nur Ezza Ashikin Abdul Razak

22

Penjaga Gol

3.

Nur Amirah Abdul Rahman

21

Pertahanan

4.

Eusvewana Kadius

20

Pertahanan

5.

Juliana Barek

23

Pertahanan

6.

Siti Nurfaizah Saidin

23

Pertahanan

7.

Nur Dhiyaa Addin Mohd Azhari

19

Pertahanan

8.

Steffi Sarge Kaur

37

Pertahanan

9.

Kanchenjeet Kaur Nanua

19

Pertahanan

10.

Tegen Su-Yin Butler

17

Pertahanan

11.

Nurhadfina Mohd Firdaus

21

Tengah

12.

Jaciah Jumilis

34

Tengah

13.

Haindee Mosroh

32

Tengah

14.

Nur Najwa Irdina Zaidi

19

Tengah

15.

Nur Syafiqah Zainal Abidin

24

Tengah

16.

Nur Lyana Soberi

26

Tengah

17.

Henrietta Justine

23

Penyerang

18.

Nur Adrienna Zamzaihiri

21

Penyerang

19.

Dian Aqilah Mohammed Imran

18

Penyerang

20.

Nur Ainsyah Murad

22

Penyerang

21.

Intan Sarah Anisah Zulgafli

26

Penyerang

22.

Nur Laila Syamila A Rahim

15

Penyerang

23.

Nur Fazira Muhamad Sani

24

Penyerang

 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan