WILAYAH - SARAWAK > BERITA

CADANGAN PEMBINAAN TEMBOK: KELANTAN PERLUKAN HAMPIR RM450 JUTA KOS PENGAMBILAN TANAH - MB

17/11/2024 02:43 PM

KOTA BHARU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM445.748 juta bagi kos pengambilan balik tanah di kawasan yang terlibat dalam cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata cadangan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir berkenaan sangat relevan untuk ekonomi negeri.

“Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand mampu menangani dan membanteras jenayah penyeludupan serta mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Golok iaitu sepanjang 99 kilometer,” katanya pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti cadangan pembinaan tembok keselamatan banjir berkenaan, dan ia akan dimuktamadkan di peringkat MKN.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan