BERITA TERGEMPAR | Malaysia conveys deepest appreciation, welcomes flood aid from Pakistan in honour of friendship between both countries - PM Anwar | |
SHAH ALAM, 27 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor akan merangka peruntukan khas bagi pembangunan atlet dan infrastruktur sukan negeri dalam persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu bagi menampung keperluan sekiranya jumlah peruntukan RM6 juta melalui Belanjawan Selangor 2025 tidak mencukupi bagi tujuan berkenaan.
“Kita nak dapatkan angka peruntukan yang muktamad, jumlah diperlukan selepas berikutan kita (kerajaan negeri) meletakkan satu siling dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) dan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dengan peruntukan Majlis Sukan Negeir Selangor adalah sebanyak RM35 juta dalam tempoh lima tahun hinna 2025.
“...dan pada tahun ini kita telah berbelanja hingga RM29 juta (mernagkumi) perbelanjaan pembangunan dan persiapan atlet SUKMA 2024 serta insentif kepada pemenang pingat selain bantuan kepada atlet Para SUKMA,” katanya ketika menggulung Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Amirudin ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2025 pada 15 Nov lepas mengumumkan peruntukan RM6 juta bagi pelaksanaan Program Pembangunan Sukan dalam memastikan persiapan rapi kontinjen Selangor menghadapi temasya sukan dwitahunan kebangsaan itu.
Sementara itu, Amirudin berkata lebih RM150 juta dianggarkan bagi kos penganjuran temasya SUKMA 2026 namun yakin jumlah itu boleh berubah selepas penelitian khas dilakukan.
Beliau juga percaya hampir 90 peratus acara boleh dilangsung di Selangor mengambil kira infrastruktur sukan di negeri itu, namun tidak menolak kemungkinan ada sukandipertandingkan di luar dari negeri berkenaan.
“Bagi acara tertentu kita tidak tolak menggunakan kemudahan negeri lain seperti penggunaan velodrom di Nilai, Negeri Sembilan jika kita ingin menganjurkan acara berbasikal (trek) kerana jaraknya dengan Selangor tidak jauh.
"Memandangkan Stadium Shah Alam tidak siap lagi, kita juga memikirkan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur sebagai pilihan untuk melaksanakan acara pembukaan SUKMA 2026," katanya.
Pada Julai lepas, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memutuskan Selangor sebagai tuan rumah SUKMA 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial