WILAYAH - SARAWAK > BERITA

YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR SUMBANG 1,000 KIT BANTUAN BENCANA 

01/12/2024 10:43 PM

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang sebanyak 1,000 unit kit bantuan bencana kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis serahan kit berkenaan diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin hari ini kepada Pegawai Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) Lt Mohamad Nor Helmi Mohamed Amin dan Lt Mohamad Farid Embok Mosik sebelum disampaikan kepada mangsa banjir. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian.

Pemegang Amanah Urusan YSIJ Datuk Avinderjit Singh menerusi hantaran berkenaan berkata YSIJ merakamkan penghargaan kepada semua anggota JMF yang membantu menghantar serta menyampaikan bantuan berkenaan kepada penerima dalam meringankan beban mereka.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan