WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM ANWAR TERIMA KUNJUNGAN MENTERI LUAR DENMARK

11/12/2024 05:20 PM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Løkke Rasmussen di Bangunan Parlimen.

Pada pertemuan itu, Anwar dan Rasmussen menekuni hubungan dan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara.

"Kami turut mengalu-alukan pelaburan dari Denmark dalam sektor bernilai tinggi seperti tenaga hijau, tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan kesihatan. 

"Saya turut menghargai pelabur dari Denmark yang telah membuka hab wilayah di sini, terutamanya syarikat Maersk dan United Plantations," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Perdana Menteri mengalu-alukan pembukaan semula Kedutaan Besar Denmark di sini Ogos lepas.

Rasmussen kini dalam lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari bermula semalam.

Ini merupakan lawatan pertama Rasmussen ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Menteri Luar Denmark pada Disember 2022.

Jumlah dagangan Malaysia-Denmark antara Januari dan Oktober 2024, meningkat sebanyak 12.9 peratus kepada RM2.19 bilion berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Malaysia juga menempatkan lebih 100 syarikat dari Denmark dengan nilai pelaburan melebihi RM2.2 billion dalam bidang pembuatan sehingga Jun 2024 yang mewujudkan 5,024 peluang pekerjaan. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan