NILAI, 27 Feb (Bernama) -- Pelumba negara Yeong Zhen Yi mengutip pingat gangsa dalam acara kejar-mengejar wanita elit untuk menamatkan cabaran Malaysia pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional di sini.
Pada aksi final hari ini, atlet berusia 22 tahun itu terpaksa akur di tempat ketiga di belakang pelumba Korea Selatan Shin Ji-eun, manakala pingat emas dimenangi pelumba Jepun Maho Kakita.
Zheng Yi berkata beliau berasa gembira dengan kejayaan menaiki podium pada penampilan pertamanya di ATC.
“Saya puas hati dengan persembahan saya kerana saya berjaya buat lebih baik pada final berbanding pusingan kelayakan pagi tadi.
“Ini juga pingat pertama saya dalam acara trek kerana sebelum ini saya hanya beraksi dalam acara lebuh raya,” katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam pada itu, skuad berbasikal trek para negara berjaya meraih dua lagi tambahan pingat emas pada hari terakhir ATC 2025.
Pingat emas itu diraih dalam acara perlumbaan penyingkiran dan scratch lelaki C1 menerusi Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dan Ahmad Zharif Ahmad Nazri dalam acara scratch C5.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial