WILAYAH - TIMUR > BERITA

TERENGGANU TERIMA PERUNTUKAN LEBIH RM18 JUTA BAGI PROGRAM KETERJAMINAN MAKANAN 2025

12/11/2025 01:12 PM

KUALA TERENGGANU, 12 Nov (Bernama) -- Terengganu menerima peruntukan sebanyak RM18.88 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi Program Kerjasama Keterjaminan Makanan antara kerajaan negeri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Datuk Dr Azman Ibrahim berkata sebanyak 21 projek telah dan sedang dijalankan bagi menjayakan Program Keterjaminan Makanan sepanjang tahun ini.

Beliau berkata antara projek terlibat ialah menaik taraf Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rhu Tapai, Setiu dengan peruntukan RM430,000.

“Kemajuan kerja di TKPM Rhu Tapai ini telah mencapai 75 peratus dan dijadualkan siap pada 7 Dis ini,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Shah Muhamed (PAS-Bandar) pada persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Selain itu, Azman berkata kerajaan negeri turut melaksanakan Program Peningkatan Populasi Ternakan Ruminan iaitu mengimport baka lembu dari luar negara, dengan peruntukan RM2 juta.

Beliau berkata melalui projek berkenaan, sebanyak 136 ekor lembu Brahman dan Limousine telah tiba di Terengganu baru-baru ini untuk dibiakkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan