KOTA BHARU, 12 Nov (Bernama) -- Seramai 13 individu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki berhimpun secara haram di luar Istana Negeri, Kubang Kerian di sini semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Imran Rais Hamid terhadap kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 67 tahun bermula hari ini hingga Sabtu.
Perintah itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
Difahamkan, mereka dipercayai berkumpul di hadapan istana berkenaan dan pemeriksaan ke atas beberapa suspek turut membawa kepada penemuan senjata tajam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial