WILAYAH - SARAWAK > BERITA

174 ASET, 24 AGENSI BERSIAP SEDIA HADAPI MONSUN TIMUR LAUT DI GUA MUSANG

12/11/2025 07:33 PM

GUA MUSANG, 12 Nov (Bernama) -- Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Gua Musang mempersiapkan 174 aset bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok dan berterusan hingga Mac tahun depan.

Pengerusi PKOB Gua Musang Mohd Roshdi Ismail berkata aset berkenaan merangkumi tujuh jenis kenderaan termasuk bot, ambulans, lori dan pacuan empat roda dengan hampir 1,000 anggota daripada 24 agensi turut berada dalam siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Alhamdulillah, kami di peringkat daerah telah bersiap sedia sepenuhnya. Saya sendiri telah meninjau persiapan aset dan keperluan termasuk bakul makanan yang disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diagihkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara," katanya kepada pemberita di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang di sini hari ini.

Mohd Roshdi berkata NADMA telah membekalkan sebanyak 400 bakul makanan bagi persiapan menghadapi MTL kali ini. 

Pada Isnin lepas, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh MTL 2025/2026 dengan hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan