WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS LENGKAP SIASATAN KES KEMATIAN PEMPENGARUH TAIWAN

12/11/2025 07:53 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Polis telah melengkapkan siasatan terhadap penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau Namewee berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan berkata kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini, dan masih menunggu arahan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan Namewee disambung reman tiga hari hingga esok selepas reman pada 5 Nov lepas berakhir pada Isnin.

Mangsa Hsieh Yun Hsin, 33, ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, dekat sini pada 22 Okt lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Namewee dipercayai individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan