WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LETUPAN RED FORT NEW DELHI: ANGKA KORBAN MENINGKAT KEPADA 13

13/11/2025 05:15 PM

NEW DELHI, 13 Nov (Bernama-PTI) -- Angka korban membabitkan insiden letupan berhampiran Red Fort awal minggu ini meningkat kepada 13 selepas seorang lagi mangsa cedera meninggal dunia di Hospital Lok Nayak Jaya Prakash (LNJP) di sini, menurut seorang pegawai Delhi.

Mangsa dikenali sebagai Bilal, lapor Press Trust of India (PTI).

Menurut Polis Delhi, maklumat mengenai kematian Bilal diterima dari pihak hospital pada awal pagi Khamis.

Sementara itu, beberapa agensi keselamatan sedang mengesan sebuah kereta ketiga yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes letupan Red Fort, menurut sumber polis pada Khamis.

Dalam kejadian pada Isnin petang, sebuah Hyundai i20 berwarna putih meletup berhampiran Red Fort, mengorbankan 13 orang dan mencederakan 30 yang lain. 

Hasil siasatan kemudiannya berjaya mengesan kenderaan kedua, Ford EcoSport merah di Faridabad.

Bagaimanapun, kereta ketiga yang dipercayai jenis Maruti Brezza masih belum ditemukan.

-- BERNAMA-PTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan