WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUKAN SEA 2025: SKUAD KABADI SASAR DUA EMAS

14/11/2025 07:53 PM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Skuad kabadi negara menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand, bulan depan.

Ketua jurulatih skuad kabadi negara M. Palaniandy menyandarkan harapan anak buahnya meraih emas acara three stars lelaki dan wanita bagi sukan yang pertama kali dipertandingkan pada temasya sukan dwitahunan itu.

Palaniandy berkata persiapan rapi bermula sejak April termasuk menjalani latihan selama 40 hari di dua lokasi di India iaitu Puducherry dan Haryana baru-baru ini.

“Pasukan kita banyak mendalami ilmu serta kemahiran diperlukan termasuk terlibat dengan 35 perlawanan sepanjang berada di situ.

“Pemain sudah bersedia, fizikal mereka juga sangat baik dan saya berharap semua menjaga diri dan mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan menjelang Sukan SEA 2025,” katanya. 

Palaniandy berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025 Nazmizan Muhammad di sini hari ini.

Palaniandy pada masa sama mengingatkan pasukannya untuk berwaspada dengan kelibat tuan rumah yang mampu menggugat peluang mereka merangkul emas kali ini.

Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini, melibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan