WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BURSA MALAYSIA TEGUR, DENDA DAN BUANG DUA WAKIL PENIAGA KERANA MELANGGAR PERATURAN

02/12/2025 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap dua wakil peniaga kerana melanggar peraturan dan arahan berhubung konflik kepentingan serta seorang daripada mereka terlibat aktiviti perdagangan manipulatif dalam beberapa akaun pelanggan.

Dua wakil peniaga tersebut iaitu Chih Yi May dari Maybank Investment Bank Bhd (MIBB) dan Kang Ai Na dari Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB).

"Pada masa berlakunya pelanggaran tersebut, Chih merupakan Wakil Peniaga Bertauliah (CDR) MIBB di ibu pejabat manakala Kang pula merupakan CDR KIBB juga di ibu pejabatnya," kata pengawal selia bursa saham dalam satu kenyataan hari ini.

Bursa Malaysia berkata ia membuat teguran awam kepada Chih dan Kang serta mengenakan denda masing-masing sebanyak RM50,000 dan RM39,100.

Selain itu, tindakan penguatkuasaan termasuk arahan untuk membuang Chih dan Kang sebagai orang yang didaftarkan di Bursa Malaysia Securities, sekiranya mereka masih didaftarkan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan