WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS TAHAN WARGA EMAS, RAMPAS 30 MESIN BITCOIN

07/12/2025 02:30 PM

BALIK PULAU, 7 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 30 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di beberapa premis sekitar Jalan Air Putih, di sini yang menggunakan sambungan eletrik tidak sah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata warga tempatan berusia 60 tahun itu ditahan selepas pihaknya dan pasukan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalankan pemeriksaan pada 10.01 malam.

“Semakan TNB mendapati anggaran kerugian akibat kecurian elektrik di premis itu ialah RM22,744,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Anuwal berkata polis juga merampas seunit modem dan kini giat mengesan suspek lain terlibat kes itu. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 

Beliau meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat atau melaporkan aktiviti mencurigakan termasuk kecurian elektrik bagi membantu mencegah kerugian serta menjamin keselamatan komuniti. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan