AM

AGONG SELAMAT TIBA DI TANAH AIR SELEPAS LAWATAN KHAS KE BRUNEI

27/02/2025 03:01 PM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air selepas mengadakan lawatan khas selama sehari ke Brunei, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini pagi tadi.

“Terdahulu, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri ke Hangar Penerbangan Diraja Brunei bersama Sultan Ibrahim,” menurut hantaran itu.

Semalam, dilaporkan lawatan khas Seri Paduka Baginda berkenaan mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dengan Brunei, yang telah terjalin lebih 40 tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan