DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI SUSULAN DOLAR AS LEMAH

02/12/2025 08:12 PM

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap pemotongan kadar faedah AS minggu depan.

Kontrak bulan semerta Disember 2025, meningkat kepada US$4,214.30 setiap auns troy daripada US$4,175.30 setiap auns troy, Januari 2026 menokok kepada US$4,230.50 setiap auns troy daripada US$4,191.20 setiap auns troy, Februari 2026 bertambah kepada US$4,243.80 setiap auns troy daripada US$4,207.50 setiap auns troy.

Kontrak Mac 2026 melonjak kepada US$4,260.50 setiap auns troy daripada US$4,207.50 setiap auns troy semalam, manakala Kontrak April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,278.10 setiap auns troy berbanding US$4,207.50 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 61 lot daripada 53 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 147 kontrak daripada 135 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$4,238.85 setiap auns troy, berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 1 Disember, 2025.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan