KOTA BHARU, 13 Nov (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang diketuai Duta Besarnya Edgard D. Kagan.
UMK dalam kenyataan hari ini memaklumkan majlis berlangsung di American Corner, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu UMK Bachok.
Menurut UMK delegasi yang turut disertai Pakar Program Kanan Riazurrahman Sadayan dan Penyelaras Program American Space (Malaysia) Nurhajariah Matrang itu disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan selaku Penyelaras American Corner Kelantan Amirul Firdaus Zilah.
Kenyataan itu memakumkan Edgard turut meluangkan masa melawat American Corner serta menyampaikan set alat muzik dram elektronik kepada pusat berkenaan.
Sebelum itu, turut diadakan program “Chat with Diplomat: Sharing the Journey as Diplomat ” bersama Edgard yang dihadiri 30 pelajar UMK.
"Program santai itu adalah sesi perkongsian berkenaan kisah hidup, cabaran dan penglibatan beliau di Malaysia sepanjang menjawat jawatan Duta Besar AS di Malaysia," menurut UMK.
-- BERNAMA