DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH PADA DAGANGAN AWAL

27/11/2024 10:38 AM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi rendah setakat awal dagangan Rabu.

Pada jam 9.15 pagi, kontrak November 2024 dan Jun 2025 masing-masing turun 1.5 mata kepada 1,601.0 dan 1,604.0.

Kontrak Disember 2024 dan Mac 2025 pula berkurangan sebanyak 2.0 mata kepada 1,605.0 dan 1,596.0.

Jumlah dagangan sebanyak 9,802 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 51,290 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI naik 0.50 mata kepada 1,603.65 selepas 15 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA  

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan