AM

LEBIH 20 KAMPUNG DI PASIR MAS, TANAH MERAH DAN JELI DIRAMAL BANJIR BERMULA ISNIN

14/12/2024 10:29 PM

KOTA BHARU, 14 Dis (Bernama) -- Lebih 20 kampung dan sebuah pekan di kawasan rendah dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Golok di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli dijangka mengalami banjir bermula Isnin hingga Rabu ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

JPS mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan lokasi dijangka banjir di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas ialah Kampung Tersang, Kampung Lanchang, Kampung Gual To'Deh, Kampung Mak Ribi Jeram Perdah, Kampung Padang Licin, Kampung Bendang Perol, Kampung Jejawi, Kampung Siram, Kampung Banggol Kong, Kampung Bukit Lata, Kampung Gelang Mas dan Kampung Tersang.

Kampung lain ialah Kampung Lanchang, Kampung Padang Kijang, Kampung Kelawar, Kampung Tasik Cina, Pekan Rantau Panjang, Kampung Lubok Gong, Kampung Gual Dalam, Kampung Tok Deh, Kampung Tok Rusa dan Kampung Telaga Mas.

"Kampung terlibat di Sungai Golok di Tanah Merah ialah Kampung Jenob, Kampung Nibong, Kampung Renab dan Kampung Air Bujing manakala di Sungai Golok di Jeli melibatkan Kampung Ayer Lanas.

JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

Amaran terbabit dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan dijangka banjir mengambil langkah waspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan