KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan peningkatan di pasaran tunai asas.
Pada penutup dagangan kontrak Januari 2025 menaik 6.5 mata kepada 1,630.0, Februari 2025 meningkat tujuh mata kepada 1,634.50, Mac 2025 menokok enam mata kepada 1,617.50, dan Jun 2025 menambah empat mata kepada 1,622.50.
Jumlah dagangan melonjak kepada 4,407 lot daripada 138 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 40,573 kontrak daripada 37,362 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.32 mata atau 0.26 peratus kepada 1,629.79 daripada 1,625.47 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA