SUKAN

ACC : KL CITY CATAT KEKALAHAN PERTAMA

10/01/2025 12:05 AM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kuala Lumpur (KL) City FC mencatatkan kekalahan pertama mereka dalam kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) 2024/2025 apabila kalah 0-2 kepada Lion City Sailors dari Singapura pada perlawanan di Stadium Jalan Besar, malam ini.

Kapten pasukan Lion City Sailors Bailey Wright berjaya menanduk masuk bola pada minit ke-26 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan pada perlawanan Kumpulan B.

Pemain sayap dari Belgium Maxime Lestienne, kemudianya menggandakan kedudukan pada minit ke-66 bagi membolehkan kelab Singapura itu menang perlawanan pertama mereka pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan.

KL City terpaksa menerima kekalahan pertama mereka dalam kejohanan itu, selepas menang 1-0 ke atas Kaya Iloilo dari Filipina dan juga 1-0 ketika menentang Borneo FC Samarinda dari Indonesia.

City Boys seterusnya akan bertemu Cong An Ha Noi FC (Vietnam) pada 23 Jan di Cheras, sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Buriram United di Chang Arena, Thailand pada 6 Feb.

KL City masih boleh layak ke peringkat separuh akhir jika menduduki kedudukan dua teratas peringkat kumpulan.

-- BERNAMA



 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan