MOSCOW, 12 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Pusingan kedua pilihan raya presiden akan diadakan di Croatia pada Ahad selepas tiada calon utama berjaya memperoleh lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama yang berlangsung pada 29 Dis, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Penyandang Presiden Croatia Zoran Milanovic memenangi pusingan pertama dengan memperoleh 49.09 peratus undi. Pencabar utamanya, Dragan Primorac, yang disokong oleh parti pemerintah Kesatuan Demokratik Croatia (HDZ), menduduki tempat kedua dengan 19.35 peratus undi.
Milanovic, berusaha untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua manakala Primorac sekali lagi menyasarkan untuk mencapai kemuncak dalam karier politiknya selepas tewas dalam pemilihan presiden 2009 kepada Ivo Josipovic.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI