AM

600 GOLONGAN MEMERLUKAN DI PERLIS TERIMA SUMBANGAN IHSAN MADANI

15/01/2025 09:41 PM

KANGAR, 15 Jan (Bernama) -- Sebanyak 600 golongan memerlukan di Perlis menerima sumbangan Ihsan MADANI berjumlah RM120,000 hari ini.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Sumbangan ini diberikan kepada masing-masing 200 penerima dari Parlimen Kangar, Arau dan Padang Besar,"  katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan itu di sini hari ini.

Azman berkata pemberian sumbangan Ihsan MADANI yang diselaraskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu merupakan sebahagian daripada program jelajah bagi menyantuni rakyat di seluruh negara. 

Program jelajah oleh Pejabat Perdana Menteri itu bertujuan membolehkan kerajaan turun padang untuk mengetahui permasalahan rakyat di sesebuah kawasan. 

-- BERNAMA


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan