KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.21 pagi, Januari 2025 jatuh 4.0 mata kepada 1,548.5, Februari 2025 merosot 2.5 mata kepada 1,548.0, Mac 2025 susut 1.5 mata kepada 1,533.5 dan Jun 2025 menguncup 1.0 mata kepada 1,543.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,772 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 70,623 kontrak.
Pada 9.35 pagi, indeks petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 3.71 mata kepada 1,569.71 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Selain itu, petunjuk utama FBM KLCI berkurangan 7.91 mata kepada 1,551.06 selepas 40 minit dagangan dijalankan berbanding 1,558.97 dicatatkan pada akhir dagangan semalam.
-- BERNAMA