DUNIA

PESAWAT KECIL TERHEMPAS DI PHILADELPHIA, AS

01/02/2025 12:04 PM

NEW YORK, 1 Feb (Bernama-Xinhua) -- Sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan kejiranan timur laut Philadelphia pada Jumaat, mencetuskan kebakaran besar, lapor Xinhua.

Dua orang berada di dalam pesawat itu, menurut polis. Dilaporkan terdapat beberapa individu lain di darat yang turut mengalami kecederaan.

Pasukan kecemasan kini sedang menangani kebakaran di lokasi, lapor CBS News.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan