AM

KWSP BINTULU DIBUKA SEMULA HARI INI

03/02/2025 01:09 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyambung semula operasi pejabatnya di Bintulu, Sarawak sepenuhnya hari ini termasuk perkhidmatan kaunter setelah banjir surut dan bekalan elektrik di bangunan berkenaan telah pulih.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk semua.

“Kami menghargai kesabaran ahli semasa penutupan sementara KWSP Bintulu pada 30 Jan lepas,” katanya dalam kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Perhubungan dan Nasihat Perkhidmatan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan