DUNIA

BURSA MALAYSIA, ANAK SYARIKAT TUTUP CUTI HARI THAIPUSAM 

06/02/2025 08:00 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Selasa depan bersempena cuti umum Thaipusam. 

“Ia akan beroperasi semula pada Rabu, 12 Feb 2025,” menurut bursa itu dalam kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, katanya pasaran utama Bursa Gold Dinar (BGD) dan Bursa Suq Al-Sila (BSAS) akan terus dibuka untuk dagangan pada cuti umum.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan