DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA RENDAH

10/02/2025 10:12 AM

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif diniagakan rendah dalam dagangan awal pada Isnin.

Pada 9.15 pagi ini, kontrak Februari 2025 dan Jun 2025 masing-masing susut 3.5 mata kepada 1,583.0 dan 1,566.5.

Selain itu, kontrak Mac 2025 turun 3.0 mata kepada 1,563.5 manakala September 2025 tidak berubah pada 1,560.5.

Jumlah dagangan sebanyak 715 lot dengan kepentingan terbuka mencecah 34,560 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI susut 5.41 mata kepada 1,585.50 selepas 15 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan