AM

BANJIR: 54 ORANG MASIH TERJEJAS DI SABAH

15/02/2025 09:20 PM

KOTA KINABALU, 15 Feb (Bernama) -- Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mereka berlindung di satu pusat pemindahan sementara di Kinabatangan.

“Trend pemindahan malam ini menurun. Dua kampung terjejas banjir di Kinabatangan,” menurut jawatankuasa itu.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan