DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH DALAM DAGANGAN AWAL

20/02/2025 10:44 AM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.35 pagi, Februari 2025 merosot 4.0 mata kepada 1,579.5, Mac 2025 dan September 2025, masing-masing berkurangan 3.0 mata kepada 1,560.0 dan 1,553.5 serta Jun 2025 susut 2.0 mata kepada 1,565.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,037 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,207 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 0.17 mata kepada 1,580.71 selepas 40 minit dagangan.  

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan