JENAYAH & MAHKAMAH

WARGA EMAS MENINGGAL DUNIA DALAM TANDAS

21/02/2025 11:30 AM

IPOH, 21 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Batu 14 Kampung Dato' Rosli, dekat Trong pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.14 pagi.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Trong yang tiba di lokasi kejadian membantu menyelamat warga emas itu dengan menggunakan alat pemotong 'bolt cutter' dan pengumpil 'crowbar' bagi membuka pintu. 

“Apabila pintu tandas berjaya dibuka, warga emas itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat sepenuhnya pada 8.45 pagi. 

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan