BERITA TERGEMPAR   Hud Aryan's body found stuck at a tree near the river bank in Tanah Merah this afternoon - Fire and Rescue Department | 
 DUNIA

CHINA DIJANGKA PERKENAL BATERI KEADAAN PEPEJAL MENJELANG 2027

26/02/2025 03:31 PM

BEIJING, 26 Feb (Bernama-CMG) -- China dijangka memperkenalkan penggunaan bateri keadaan pepejal untuk kenderaan elektrik (EV) pada 2027 dan memulakan pengeluaran besar-besaran menjelang 2030.

Menurut kumpulan pemikir China EV100, berbanding bateri ion litium yang digunakan dalam kenderaan tenaga baharu (NEV) pada masa ini, bateri keadaan pepejal mempunyai tahap keselamatan dan ketumpatan tenaga lebih tinggi, jangka hayat perkhidmatan lebih lama serta kelajuan pengecasan lebih pantas.

Sejak separuh kedua 2024, permohonan paten melibatkan bateri berkenaan meningkat pesat di China dengan jumlahnya mencatat tiga kali ganda berbanding Jepun.

Sementara itu, syarikat pengeluar bateri kenderaan utama di China mula memberi tumpuan kepada teknologi bateri keadaan pepejal yang menggunakan sulfida sebagai elektrolit utama.

Menurut jangkaan pakar, bateri keadaan pepejal akan menjadi industri lengkap sekitar 2027 atau 2028.

Dalam perkembangan lain, banyak syarikat automobil China kini dilihat aktif memanfaatkan aplikasi DeepSeek untuk memperkukuh kedudukan dalam bidang pemanduan pintar.

-- BERNAMA-CMG 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan