KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan bantuan RM100 juta bagi Program Tanam Semula Sawit (TSPKS) dimanfaatkan sepenuhnya oleh pekebun kecil kelapa sawit menjelang Jun tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kementerian itu akan memohon bantuan tambahan khas sebanyak RM100 juta kepada Kementerian Kewangan sekiranya peruntukan bantuan TSPKS itu dimanfaatkan sepenuhnya.
“Ada antara pekebun kecil ini sudah berumur dan tak mampu untuk membuat pinjaman bank sepenuhnya.
“Jadi kita tolong mereka dengan bantuan geran sebanyak 50 peratus, dan 50 peratus daripada bank (Agrobank),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku ‘Agarwood: Diamond of The Forest’, di sini, hari ini.
--BERNAMA