AM

MANGSA BANJIR DI BEAUFORT TINGGAL 407 ORANG

14/03/2025 09:06 AM

KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Mangsa banjir di Beaufort terus menurun kepada 407 orang daripada 129 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 449 orang daripada 144 keluarga 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

“Banjir di 10 kampung terjejas di Beaufort semakin pulih dengan jumlah mangsa semakin berkurangan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan