KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.19 pagi, kontrak Mac 2025 dan April 2025, masing-masing naik 9.5 mata kepada 1,517.0 dan 1,519.0, Jun 2025 meningkat 9.0 mata kepada 1,521.0 dan September 2025 menambah 8.0 mata kepada 1,507.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,205 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,704 kontrak.
FBM KLCI meningkat 15.98 mata kepada 1,528.13 daripada 1,512.15 pada Jumaat lepas selepas 37 minit dagangan.
-- BERNAMA