AM

KELAPA, SANTAN DI PERAK MENCUKUPI UNTUK AIDILFITRI - KPDN

24/03/2025 11:05 PM

IPOH, 24 Mac (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak memberi jaminan negeri itu tidak berhadapan masalah bekalan kelapa atau santan sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri. 

Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata pihaknya menyedari kepentingan komoditi itu menjelang musim perayaan dan menjalankan pemantauan berterusan terhadap bekalan.

"Negeri lain mungkin ada isu, namun setakat ini di Perak kita tidak terima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga santan yang melampau sepanjang Ramadan dan musim perayaan kelak. 

"Perak beruntung kerana antara pengeluar kelapa terbesar iaitu di Bagan Datuk, jadi untuk pengguna sukar nak dapatkan kelapa parut atau santan, memang tidak timbul namun kita tetap akan pantau sepanjang masa," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan tunjauan mesra dan Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa di sebuah pasar raya di Meru Raya di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan