AM

37 MANGSA BANJIR DI KENINGAU DIPINDAHKAN KE PPS

28/03/2025 10:17 AM

KOTA KINABALU, 28 Mac (Bernama) -- Seramai 37 mangsa banjir daripada 12 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Dato Angian Andulag, Apin-Apin, Keningau, pagi ini, meningkat berbanding 36 mangsa malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan PPS tersebut mula dibuka pada pukul 7 pagi semalam.

"JPB Daerah Keningau telah mengisytiharkan kejadian banjir sebagai bencana bagi kawasan kampung sekitar Sungai Pagalan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA 

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan