DUNIA

BRICS, KOREA UTARA MAMPU BANTU SELESAIKAN KONFLIK UKRAINE - PUTIN

28/03/2025 01:04 PM

MURMANSK (Rusia), 28 Mac (Bernama-TASS) -- Presiden Rusia Vladimir Putin, pada Khamis berkata bukan sahaja Amerika Syarikat (AS), tetapi negara lain, khususnya anggota blok BRICS, boleh memainkan peranan dalam membantu menyelesaikan konflik Ukraine, lapor agensi berita TASS.

“Bukan hanya AS, tetapi juga China, India, Brazil, Afrika Selatan – semua negara BRICS,” kata Putin semasa pertemuan dengan anggota tentera kapal selam berkuasa nuklear Arkhangelsk kelas Yasen-M (Projek 885M).

"Dan banyak lagi negara lain, sebagai contoh, termasuk Korea Utara, yang mana kita mempunyai perjanjian yang telah ditandatangani," katanya.

BRICS ditubuhkan pada 2006 dengan keanggotaan awal terdiri daripada Brazil, Rusia, India dan China.

Afrika Selatan menyertai BRICS pada 2010, manakala Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi anggota tahun lepas.

-- BERNAMA-TASS

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan