AM

KANAK-KANAK AUTISTIK HILANG SELEPAS KELUAR RUMAH

28/03/2025 09:04 PM

BALING, 28 Mac (Bernama) -- Seorang kanak-kanak autistik dilaporkan hilang setelah keluar daripada rumahnya di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kampung Landak Paya, Kupang dekat sini kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil dalam kenyataan berkata Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, dipercayai keluar menerusi pintu belakang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.36 petang dan menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian bagi memulakan pencarian.

“Operasi pencarian mangsa dibuat di kawasan yang dipercayai mangsa telah hilang, bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung,” katanya sambil menambah operasi pencarian masih diteruskan.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan