DUNIA

MYANMAR BERKABUNG SEMINGGU SUSULAN GEMPA BUMI DAHSYAT

31/03/2025 05:28 PM

MANDALAY (Myanmar), 31 Mac (Bernama-Xinhua) -- Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing pada Isnin mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu susulan gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda negara itu pada 28 Mac, lapor Xinhua.

Sebagai tanda memperingati dan simpati terhadap kemusnahan serta kehilangan nyawa akibat bencana itu, tempoh 31 Mac hingga 6 April diisytiharkan sebagai hari berkabung negara. Sepanjang tempoh ini, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang, katanya.

Menurut Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Ahad, kira-kira 1,700 orang maut, 3,400 cedera dan 300 lagi masih hilang dalam gempa bumi dahsyat itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan