BEIJING, 1 April (Bernama-CMG) -- Kumpulan pertama barang bantuan kecemasan yang disediakan kerajaan China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar pada Isnin.
Barang bantuan itu membabitkan khemah, selimut, kit pertolongan kecemasan dan sebagainya.
Duta Besar China ke Myanmar, Ma Jia berkata operasi penyelamatan kini menghadapi kesulitan akibat gempa susulan, terputusnya pengangkutan dan telekomunikasi serta suhu udara yang tinggi.
“Namun kami percaya pasukan penyelamat profesional kita pasti boleh menyelesaikan misi dengan kepakaran dan ketabahan mereka.
“Kedutaan Besar China juga akan mempergiat penyelasaran untuk operasi menyelamat serta penghantaran barang bantuan seterusnya, supaya lebih banyak barang bantuan dapat disampaikan kepada mangsa bencana,” kata Ma dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG).
Menurut Ma, pasukan penyelamat China telah berjaya menyelamatkan enam mangsa yang terperangkap dalam runtuhan di kawasan bencana.
Difahamkan sekurang-kurangnya 488 anggota penyelamat China kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan yang terjejas teruk gempa bumi, termasuk Naypyidaw dan Mandalay.
-- BERNAMA-CMG