AM

KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS: AHMAD ZAHID ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN KESELAMATAN

01/04/2025 04:42 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) --Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi berkaitan yang sedang berusaha sedaya upaya mengawal insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, turut mendoakan keselamatan semua petugas yang bertungkus lumus dalam operasi menangani kebakaran itu serta kesejahteraan penduduk yang terjejas akibat insiden tersebut.

“Semoga segala urusan dipermudahkan, segala risiko dapat dikawal dan bantuan yang diperlukan dapat segera disalurkan kepada semua yang terlibat. Kita doakan semuanya berada dalam lindungan Allah SWT, khususnya buat yang terkesan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook. 

Kebakaran saluran paip gas berkenaan dilaporkan semakin reda setakat 1.55 petang ini.

Sekatat jam 4 petang ini, seramai 112 mangsa dipindahkan ke pusat penempatan sementara a (PPS), 63 cedera dan dirawat di tiga hospital dan 190 rumah terjejas dalam insiden tersebut.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Cyberjaya, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan