DUNIA

CHINA AKAN KENAKAN TARIF TAMBAHAN 34 PERATUS KE ATAS SEMUA IMPORT AS BERMULA 10 APRIL

04/04/2025 10:48 PM

BEIJING, 4 April (Bernama-Xinhua) -- China akan mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) bermula 10 April, Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara mengumumkan pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.

Pengumuman itu susulan keputusan AS untuk mengenakan "tarif timbal balik" ke atas eksport China ke AS, satu langkah yang menurut suruhanjaya itu tidak mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa, menjejaskan hak dan kepentingan sah China secara serius dan mewakili tindakan buli unilateral yang tipikal.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan