AM

AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI 11 NEGERI SEHINGGA 4 PETANG INI - METMALAYSIA

09/04/2025 03:05 PM

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri sehingga 4 petang ini.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 2 petang itu, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang).

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Ribut petir dan hujan lebat turut diramalkan di seluruh Melaka, manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara itu, di Sarawak meliputi kawasan Miri (Telang Usan) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, bahagian Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

-- BERNAMA 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan