KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini apabila para peniaga kekal berhati-hati menjelang rundingan perdagangan antara Jepun dan Amerika Syarikat (AS) Khamis ini, kata seorang penganalisis.
Kontrak April 2025 turun 4.5 mata kepada 1,475.0, manakala Mei 2025, Jun 2025, dan September 2025 susut 5.5 mata masing-masing kepada 1,472.5, 1,469.5 dan 1,455.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,437 lot daripada 8,272 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 44,387 kontrak daripada 44,541 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.57 mata kepada 1,486.43 daripada paras penutup 1,480.86 pada Isnin.
-- BERNAMA